Thursday 3 November 2011

Siti Nurhaliza Tarudin

Siti Nurhaliza Tarudin nama yang tidak asing lagi dalam dunia hiburan tanah air kita..beliau telah menaikkan nama negara di asia mahupun antarabangsa..dengan kelunakan dan alunan suara beliau boleh memukau siapa saja yang mendengarnye...Siti telah memenangi lebih daripada 100 anugerah dalam tempatan dan antarabangsa..ini membuktikan anak jati kelahiran Kuala Lipis,Pahang ini mempunyai kelebihan dan keistimewaan..penyanyi pujaan ramai ini telah menaikkan nama negara apabila beliau membuat sebuah konsert bersejarah di Royal Albert Hall, London..walaupun beliau mendapat tempat kedua dalam pertandingan voice of asia tetapi siti nurhaliza dikenali ramai di asia ini...salam , semua......kali ni blog sy mengenai penyanyi kesayangan sy iaitu kak C.t.....sy suke sangt2 dengan kemerduan suara die boley dikatan die 1 in a million..tiada sape pown dpt jd pengganti die....klau nak taw pasal kak C.t bce la blog sy ye....Dato' Siti Nurhaliza binti Tarudin DIMP, JSM, SAP, PMP, AAP (lahir 11 Januari 1979) ialah seorang penyanyi dan penulis lagu pop dari Malaysia. Selain banyak menerima lebih 100 anugerah tempatan dan antarabangsa, beliau juga menerima gelaran The Voice Of Asia oleh Alicia Keys di majlis MTV Asia Awards 2005 di Bangkok, Thailand kerana kehebatan vokal sopranonya serta pencapaian terbilang di dalam dan luar negeri. Pada Ogos 2006, beliau bernikah dengan seorang ahli perniagaan, Datuk Khalid Mohamad Jiwa; dua bulan kemudian, beliau dikurniakan gelaran Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) oleh Sultan Pahang yang memberi gelaran Dato' di awal namanya.
Beliau mula menempa nama sebagai artis yang mencapai jualan berbilang platinum, semenjak menjuarai Bintang HMI 1995 pada usia 16 tahun apabila beliau ditawarkan kontrak rakaman dari empat syarikat rakaman antarabangsa. Single pertamanya, "Jerat Percintaan" dari album sulungnya menjadi juara keseluruhan Anugerah Juara Lagu ke-10 di samping merangkul dua lagi anugerah untuk Persembahan Terbaik dan Kategori Balada.
Selain bidang nyanyian, Siti dikenali sebagai seorang ahli perniagaan yang terhandal di Malaysia. Beliau mengungguli 'Richest Artistes' in Malaysia. Beliau ialah seorang jutawan dalam industri hiburan Asia Tenggara yang nilainya mencecah RM 50 juta.

Pada 1 Januari 2010, Siti bergabung tenaga bersama M. Nasir untuk mengadakan Konsert Bagaikan Sakti di Esplanade – Theatres on the Bay, Singapura, yang juga disiarkan secara langsung menerusi saluran 955 Astro Box Office Events, dengan ulang tayang pada 2–10 Januari.Syarikat beliau, Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn. Bhd. turut mengadakan konsert untuk dua orang seniman baru terunggul Malaysia, Faizal Tahir dan Aizat, berjudul Konsert Satu Suara dengan iringan Simfoni Orkestra Kebangsaan oada 12 hingga 14 Februari di Istana Budaya
Pada 25 Mac, Siti menerima anugerah pertamanya pada tahun itu, iaitu Anugerah Artis Contoh HIP TV 2009 mengungguli empat calon lain berdasarkan undian SMS penonton. Pada 30 Mac, beliau melancarkan jenama produk kecantikan dan kosmetik SimplySiti. Produk-produknya menjalani penyelidikan dan pembangunan di Korea, serta diterapkan nanoteknologi sebelum menerima kelulusan halal oleh JAKIM.Tak sampai dua bulan selepas pelancarannya, SimplySiti dinobatkan sebagai "The Best Halal Product" dalam kategori kosmetik oleh majalah Halal Journal Magazine.

  •  FAKTA YANG PERLU ANDA TAHU!!
Sebagai seorang artis ternama Asia Tenggara, Siti mencapai jumlah penjualan sebanyak lebih 3 juta rakaman di pasaran Asia, terutama sekali di Malaysia dan Indonesia, sepanjang kerjayanya dalam bidang seni. Album sulungnya dilaporkan terjual lebih 50,000 salinan dan lapan daripada 14 album solonya turut menerima sijil Emas, Platinum atau berbilang Platinum dari Malaysia dan Indonesia: album Siti Nurhaliza kedua (6 kali platinum, 400,000 salinan dijual), Cindai (5 kali platinum, 400,000 dijual di Malaysia dan 100,000 dijual di Indonesia), Adiwarna (4 kali platinum), Pancawarna (2 kali platinum), Sahmura (2 kali platinum), Sanggar Mustika (emas di Indonesia dengan lebih 75,000 dijual), E.M.A.S (2 kali platinum, 200,000 dijual; platinum di Indonesia, lebih 300,000 dijual) dan Transkripsi (4 kali platinum, 80,000 dijual).Album Siti Nurhaliza In Concert, Royal Albert Hall London dan Anugerah Aidilfitri turut menerima sijil 3 kali platinum dengan terjual lebih 60,000 salinan di Malaysia dan satu sijil platinum dari Indonesia. Album kesepuluhnya, Prasasti Seni terjual lebih 100,000 unit di pasaran Malaysia dan 700,000 lagi di pasaran Indonesia. Album kompilasi pertamanya, The Best of Siti Nurhaliza diberi pensijilan Emas di Indonesia kerana terjual lebih 75,000 unit.
 
 
 
~ Jadi sampai sini saje celoteh sy kali ini,moga jumpe lagi di lain masa dan waktu ok...

2 comments:

  1. Actually, DCT mendapat lebih daripada 2OO anugerah dalam dan luar negara.

    ReplyDelete
  2. owh ye ke...hurm ok2 thank u abg ayed

    ReplyDelete