Thursday 24 May 2012

cite la......

salam jumaat semua....kali ni entry saya tak taw lagi la nak cakap pasal ape....hah saya taw...entri kali ni nak cakap pasal semester yang nak msuk lagi lebih kurang seminggu lebih je....memandangkan semester ni saya da msok semester 5 so da senior skit la kot...sikit je x bnyak pown..hahaha....and the most important is all semester 1 student kena amik signature budak2 senior2 termasuk la sy ni...hahaha....x sabar rasenye nak induction dorg nt...nak swoh dorg wt mcm2...hahaah..jahat tak...jahat kan aku ni..hahaha....well thats me....huhu...ok x baik la buli budak2 junior kan...sy nak jdi senior yang baik lah..x nak buli2 dorg...tapi klau yg x wat hal ngn sy x pe....if die wt hal hah taw la sy nk wt ape kan...agagaga....nampaknye tggal lagi satu semester jew lagi..insyallah tahun depan bulan 3 aku da hbis....doa-doakan saya semoga dapat grad ngn kwn2 sy ye....~amin~.....dan subject2 smester kali ni sngat la tough and very hard to carry...so i must struggle and study smart to get better pointer....dah berazam da kalau semster ni punye pointer naik nak puasa tiga hari...hehehe...tak sabr nak balik melaka nak jumpe kawan2 dan classmate yang gila2 mcm aku ni..hehehe....ook la sy nak makan n g smbhyang jumaat..bubye...

Friday 11 May 2012

hukum karma

betul cakap orang bile kite buat sesuatu yang jahat dekat orang lain..mungkin benda yang kite buat tu akan jadi kt kite balik atau dipanggil Hukum Karma.....jika kita jujur atau ikhlas sayangkan seseorang cuba kita jujur dengan dia..cuba kita ikhlas dengan dia..mungkin hukum seperti tu tak jadi kt kite atau sesiapa pown..tp disebabkan seseorang itu tidak jujur dan tidak ikhlas jadi hukum karma tu jadi kat kite balik...begitulah putaran roda dunia yang selalu bermain dengan kehidupan semasa kita....sebagai manusia yang normal, kita tidak boleh lari hukum karma ini...ia akn terjadi kat diri kita tak banyak pown sedikit ia kan jadi juga...jadi jika kita syangkan seseorang tu,sayangilah dia dengan ikhlas kerana jika kita sakiti hati dia mungkin satu hari nanti hati kita mungkin akan disakiti sama seperti orang yang pernah kita buat sebelum ni.....jadi jangnlah anggap hukum karma ni benda yang boleh dipandang remeh....

Friday 4 May 2012

erti sebenar CINTA & KASIH-SAYANG

hai semua selamat pagi....hari ni saya nak meluahkan apa yang saya rasa dan apa yang telah lama saya lihat...mesti korang semua pernah bercinta dan dicintai bukan.....sama juga sperti saya...baik lah...percintaan bukanlah suatu perkara yang jarang kita dengar....kita selalu dengar perkataan CINTA kan....kat mane2 kite pergi pown mesti ade orang bercinta kan....setiap manusia di muka bumi ini memerlukan kasih sayang yang sempurna untuk kebahagiaan masing-masing..tipulah kalau korang cakap korang tak nak bahagia kan....percintaan juga bukanlah benda asing bagi kita kan....????zaman sekarang ni zman moden korang mesti knal si dia melalui facebook , twitter , tumblr , skype dan banyak lgi lah laman sosial skg ni....korang taw x betapa bahayanya berkenalan melalui laman sosial mcm tu....sebab kita sebenarnye bukan taw pown perangai die mcm mane....die tu sape kan.....it's complicated fall in love through social network ni... dalam setiap perhubungan antara manusia cinta dan kasih sayang diibaratkan sebuah 'kristal' yang jernih...kita kena jaga 'kristal' tu elok...kena letakkan 'kristal' tu ditempat yang selamat....tetapi sekali 'kristal' jatuh ditempat yang keras ia akan berkecai dan tiada ubat untuk mencantum serpihan 'kristal' tu lagi...HATI dan KRISTAL adalah benda yang sama..sekali ia jatuh berkecai tiada siapa dapat menyembuh luka dalaman....so dengan itu untuk mengekalkan hubungan kite selamat dari 'berkecai' mcm 'kristal' tu kita kena mengambil masa yang lama untuk kenal hati budi si dia.....percintaan bukanlah sesuatu yang mudah bagi mereka yang pernah lalui dan pernah merasa...tapi zaman sekrang CINTA dan KASIH SAYANG boleh dibeli dengan kekayaan,dengan duit dan harta benda...jika kita ada semua tu kita boleh memilik apa yang kita...semua orang nak kawan dengan kita....tapi tak semua manusia boleh dibeli dengan harta atau pown wang ringgit...mereka yang boleh dibeli dengan harta dan wang ringgit buknlah mencari kasih sayang yang sejati tetapi hanyalah berlandaskan nafsu semata-mata...percintaan yang ikhlas dan jujur akan membuatkan seseorang itu bahagia dan memperoleh kasih sayang yang ckup sempurna.....sy ada terbaca satu status di facebook...kt status tu tuan empunya facebook tu ada cakap ' kasih sayang sekarang ni boleh di beli dengan wang , harta , kekayaan jika kita ada semua tu' bagi saya tu semua tak benar sama sekali...kita tak bahagia jika kita memiliki kasih sayang yang 'dijual' oleh mereka yang mempunyai harta dan wang....sebab ia pernah berlaku kepada sy sblom ni....dlu mas sy kenal ngn sorang ni sy igt sy happy dengan die...sebb die ade duit , keja tinggi , kaya dan sbgainya...tapi dlm diam die tlah tpu sys,die curang dengan sy....dan die ckap kt sy kalau kite ade duit semua boleh kita buat....pada saat tu baru lah sy taw yg kekayaan dan harta tidak membawa kebahagiaan kepada kita smua..kepada korang semua yang anggap duti dan harta boleh mnjamin kebhgiaan korang semua salah....tu semua tak menjamin kebahagiaan....yang menjamin kebahgiaan ialah kasih sayang yang tulus ,ikhlas...cinta yang ikhlas dan jujur dari hati yang menjamin kebahagiaan....



p / s - paras rupa , harta , kekayaan , wang tidak menjamin kebahagiaan,yang menjamin kebahagiaan seseorang ialah kejujuran , keikhlasan dan kesetiaan kepada kita dan dia....itu yang penting....renung-renungkanlah....

Wednesday 2 May 2012

Terima Kasih stesyen TV Al-Hijrah.....

Salam dan selamat petang....mesti pembaca semua tertanya-tanya kenapa entri saya kali ni ade menyebut stesyen Tv Al-Hijrahkan.....ok saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih bagi pihak anak-anak polis di seluruh Malaysia kepada jurukamera tv al-hijrah iaitu Mohd Azri yang menyelamatkan anggota polis dari dibelasah teruk oleh puak rusuahn bersih 3.0 baru-baru ini....inilah sikap yang perlu kita contohi sebagai seorang manusia dan sebagai seorang islam di negara kita ini.menurut keratan akhbar utusan malaysia bertarikh 3/05/2012 hari ini,beliau selamatkan anggota polis kerana ALLAH s.w.t...dalam keratan ini juga Azri ada berkata " ketika itu saya hanya bayangkan apa yang akan terjadi kepada keluarga anggota polis yang sedang dibelasah kumpulan perusuh bersih 3.0"....itu yang beliau fikirkan ketika beliau ternampak anggota polis dibelasah teruk oleh mereka yang tak mempunyai hati dan perasaan....Mohd Azri ada berkata lagi beliau kuatkan semangat dan seperti ada dorongan daripada Allah dan dia tidak peduli apa yang akan terjadi kerana niat dia hanyalah ingin menolong anggota polis berkenaan...beliau yang berusia 28 tahun ini  turut tercedera apabila dibelasah sekumpulan perserta haram bersih 3.0 di hadapan pusat membeli-belah sogo...beliau diserang sekumpulan peserta yang terdiri daripada 15 - 20 orang  yang kebanyakan memakai baju T kuning yang turut memukulnya sehingga beliau cedera teruk....niat ikhlas mohd azri dibalas dengan tindakan kejam oleh mereka yang tidak pernah memikirkan kesan kepada orang lain..dalam keratan utusan malaysia hari ini, beliau juga berkata " saya bantu pihak polis kerana memikirkan dia manusia biasa yang ada keluarga dan tidak mahu kejadian lebih bururk (mati) menimpa dirinya"...sikap keperihatinan sebegini patut kita contohi tidak kira di mana kita berada dan tidak kira siapapun diri kita ini...jika kita mempunyai akal dan fikiran,kita dapat gunakannya secara waras dan betull...sikap yang ada pada jurukamera tv al-hijrah ini saya sangat kagum dan bangga kerana dia telah menyelamatkan wira-wira Malaysia daripada terus dibelasah teruk oleh mereka yang mempunyai hati yang busuk serta tidak berperikemanusiaan....beliau sanggup berkorban nyawa semata-mata menyelamatkan anggota polis yang dibelasah oleh puak rusuhan ini..sebagai seorang anak kepada anggota polis, saya sekali lagi ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada MOHD AZRI kerana anda telah bergadai nyawa untuk menyelamatkan wira-wira Malaysia...saya bangga dengan sikap keberanian yang ada pada anda.....TERIMA KASIH...!!!!!

Tuesday 1 May 2012

luahan isi hati anak polis....BERSIH 3.0......sedih dengan sikap BIADAB anda semua......

Salam dan salam sejahtera....pada hari ini saya ingin meluahkan isi hati saya yang lama saya pendam dengan sikap manusia yang menyertai perhimpunan BERSIH 3.0 pada 28/04/2012 baru-baru ini...Malaysia adalah negara yang demokrasi,tetapi tak bermakna sikap sesetengah pihak puak pembangkang  berhak memaki hamun serta menjatuhkan harga diri anggota polis di negara kita ini....sebagai seorang anak kepada anggota polis, saya juga terasa dan sedih apabila anda menggelarkan anggota POLIS 'anjing kerajaan'...perkataan yang hina ini dah lama say dengar..sebelum BERSIH 3.0 diadakan....jika anggota polis ini 'anjing kerajaan' mengapa anda masih memerlukan perkhidmatan anggota polis sekiranya rumah anda dicerobohi atau anak-anak anda di rogol atau dibunuh...bukankah 'anjing kerajaan' ini di pandang hina dan rendah di mata anda semua,wahai manusia-manusia pebangkang??????di dalam satu gambar, saya ada nampak puak-puak pembangkang menendang dan menerajang anggota polis trafik semasa menjalankan tugas mereka...bukan itu saja, malah anggota polis ini diludah oleh seorang lelaki dan seorang perempuan yang terlibat dalam rusuhan ini....dalam artikal Utusan Malaysia yang bertarikh 2/05/2012 iaitu hari ini, ada menyatakan bahawa PAS berbohong dalam merempuh sekatan anggota polis...di sini jelaslah bahawa pihak-pihak pembangkang sengaja memutar belitkan cerita untuk menjatuhkan maruah dan imej anggota polis Malaysia..dalam artikel Utusan Malaysia hari ini, membuktikan bahawa anggota polis dirempuh oleh pihak-pihak berkenaan.Dalam artikel Utusan Malaysia juga ada menunjukkan gambr-gambar yang puak-puak berkenaan yang memulakan dahulu merempuh sekatan anggota polis.....

Anggota polis hanya menjalankan tugas untuk menjaga keamanan negara kita sahaja,cuba anda fikir dan renungkan jika anggota polis tidak menjalankan tugas-tugas mereka...apakah yang akan terjadi kepada negara kita?siapakah yang akan menangkap dan akan menyelesaikan kes-kes kecurian , kes rogol , kes samun dan kes pecah masuk rumah????? pernah anda terfikir sejenak tentang perkara itu...sama sekali tidak bukan...yang anda fikir hanyalah, memaki hamun pihak polis, mengata pihak polis , menjatuhkan maruah pihak polis , menajatuhkan integriti pihak polis....itu saja yang anda semua tahu......kalau tiada pihak polis di negara kita ini, negara Malaysia akan musnah sama sekali...negara kita akan jadi porak-poranda,banyak kes-kes jenayah yang berlaku di negara kita.saya berasa sangat terkilan bila ada sesetengah masyarakat atau pihak yang mengatakan semua pihak polis menerima rasuah...ITU SAMA SEKALI TIDAK.....bukan semua anggota polis macam itu kerana nila semangkuk, habis susu sebelanga....saya sangat geram dan sakit hati bila saya melihat video dan gambar-gambar di interntet menunjukkan seorang anggota polis trafik jatuh dari motosikal dan puak-puak bersih menyepak dan menendang anggota polis itu....soalan yang bermain difikiran saya,apakah salah dan dosa anggota polis trafik itu sehingga manusia DURJANA itu sanggup menendang dan menyepak beliau sehingga cedera parah.....???????apakah motiff anda???????kerajaan dan pihak polis janganlah gentar kerana rakyat akan berada di belakang pihak berkuasa jika kes ini di bawa ke mahkamah kerana keutamaan orang ramai lebih penting berbanding keutamaan seorang INDIVIDU........


Kepada semua anggota polis di luar sana, jangan lah anda semua takut dan berputus asa dalam menjalankan tugas untuk menjaga keamanan negara.....saya berasa sangat bangga dengan keberanian anda semua menjaga keamanan negara dan menjaga keamanan rakyat Malaysia....biar sejuta lontaran kata fitnah mereka semburkan kepada anda semua....biar sejuta kata maki hamun mereka lontarkan kepada anda...kerana anda semua berada di pihak yang benar iaitu menjalankan tugas untuk masyarakat dan negara....saya juga berbangga menjadi seorang anak anggot polis dan bangga menjadi adik kepada anggota polis.......