Wednesday 2 May 2012

Terima Kasih stesyen TV Al-Hijrah.....

Salam dan selamat petang....mesti pembaca semua tertanya-tanya kenapa entri saya kali ni ade menyebut stesyen Tv Al-Hijrahkan.....ok saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih bagi pihak anak-anak polis di seluruh Malaysia kepada jurukamera tv al-hijrah iaitu Mohd Azri yang menyelamatkan anggota polis dari dibelasah teruk oleh puak rusuahn bersih 3.0 baru-baru ini....inilah sikap yang perlu kita contohi sebagai seorang manusia dan sebagai seorang islam di negara kita ini.menurut keratan akhbar utusan malaysia bertarikh 3/05/2012 hari ini,beliau selamatkan anggota polis kerana ALLAH s.w.t...dalam keratan ini juga Azri ada berkata " ketika itu saya hanya bayangkan apa yang akan terjadi kepada keluarga anggota polis yang sedang dibelasah kumpulan perusuh bersih 3.0"....itu yang beliau fikirkan ketika beliau ternampak anggota polis dibelasah teruk oleh mereka yang tak mempunyai hati dan perasaan....Mohd Azri ada berkata lagi beliau kuatkan semangat dan seperti ada dorongan daripada Allah dan dia tidak peduli apa yang akan terjadi kerana niat dia hanyalah ingin menolong anggota polis berkenaan...beliau yang berusia 28 tahun ini  turut tercedera apabila dibelasah sekumpulan perserta haram bersih 3.0 di hadapan pusat membeli-belah sogo...beliau diserang sekumpulan peserta yang terdiri daripada 15 - 20 orang  yang kebanyakan memakai baju T kuning yang turut memukulnya sehingga beliau cedera teruk....niat ikhlas mohd azri dibalas dengan tindakan kejam oleh mereka yang tidak pernah memikirkan kesan kepada orang lain..dalam keratan utusan malaysia hari ini, beliau juga berkata " saya bantu pihak polis kerana memikirkan dia manusia biasa yang ada keluarga dan tidak mahu kejadian lebih bururk (mati) menimpa dirinya"...sikap keperihatinan sebegini patut kita contohi tidak kira di mana kita berada dan tidak kira siapapun diri kita ini...jika kita mempunyai akal dan fikiran,kita dapat gunakannya secara waras dan betull...sikap yang ada pada jurukamera tv al-hijrah ini saya sangat kagum dan bangga kerana dia telah menyelamatkan wira-wira Malaysia daripada terus dibelasah teruk oleh mereka yang mempunyai hati yang busuk serta tidak berperikemanusiaan....beliau sanggup berkorban nyawa semata-mata menyelamatkan anggota polis yang dibelasah oleh puak rusuhan ini..sebagai seorang anak kepada anggota polis, saya sekali lagi ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada MOHD AZRI kerana anda telah bergadai nyawa untuk menyelamatkan wira-wira Malaysia...saya bangga dengan sikap keberanian yang ada pada anda.....TERIMA KASIH...!!!!!

No comments:

Post a Comment