Tuesday 1 May 2012

luahan isi hati anak polis....BERSIH 3.0......sedih dengan sikap BIADAB anda semua......

Salam dan salam sejahtera....pada hari ini saya ingin meluahkan isi hati saya yang lama saya pendam dengan sikap manusia yang menyertai perhimpunan BERSIH 3.0 pada 28/04/2012 baru-baru ini...Malaysia adalah negara yang demokrasi,tetapi tak bermakna sikap sesetengah pihak puak pembangkang  berhak memaki hamun serta menjatuhkan harga diri anggota polis di negara kita ini....sebagai seorang anak kepada anggota polis, saya juga terasa dan sedih apabila anda menggelarkan anggota POLIS 'anjing kerajaan'...perkataan yang hina ini dah lama say dengar..sebelum BERSIH 3.0 diadakan....jika anggota polis ini 'anjing kerajaan' mengapa anda masih memerlukan perkhidmatan anggota polis sekiranya rumah anda dicerobohi atau anak-anak anda di rogol atau dibunuh...bukankah 'anjing kerajaan' ini di pandang hina dan rendah di mata anda semua,wahai manusia-manusia pebangkang??????di dalam satu gambar, saya ada nampak puak-puak pembangkang menendang dan menerajang anggota polis trafik semasa menjalankan tugas mereka...bukan itu saja, malah anggota polis ini diludah oleh seorang lelaki dan seorang perempuan yang terlibat dalam rusuhan ini....dalam artikal Utusan Malaysia yang bertarikh 2/05/2012 iaitu hari ini, ada menyatakan bahawa PAS berbohong dalam merempuh sekatan anggota polis...di sini jelaslah bahawa pihak-pihak pembangkang sengaja memutar belitkan cerita untuk menjatuhkan maruah dan imej anggota polis Malaysia..dalam artikel Utusan Malaysia hari ini, membuktikan bahawa anggota polis dirempuh oleh pihak-pihak berkenaan.Dalam artikel Utusan Malaysia juga ada menunjukkan gambr-gambar yang puak-puak berkenaan yang memulakan dahulu merempuh sekatan anggota polis.....

Anggota polis hanya menjalankan tugas untuk menjaga keamanan negara kita sahaja,cuba anda fikir dan renungkan jika anggota polis tidak menjalankan tugas-tugas mereka...apakah yang akan terjadi kepada negara kita?siapakah yang akan menangkap dan akan menyelesaikan kes-kes kecurian , kes rogol , kes samun dan kes pecah masuk rumah????? pernah anda terfikir sejenak tentang perkara itu...sama sekali tidak bukan...yang anda fikir hanyalah, memaki hamun pihak polis, mengata pihak polis , menjatuhkan maruah pihak polis , menajatuhkan integriti pihak polis....itu saja yang anda semua tahu......kalau tiada pihak polis di negara kita ini, negara Malaysia akan musnah sama sekali...negara kita akan jadi porak-poranda,banyak kes-kes jenayah yang berlaku di negara kita.saya berasa sangat terkilan bila ada sesetengah masyarakat atau pihak yang mengatakan semua pihak polis menerima rasuah...ITU SAMA SEKALI TIDAK.....bukan semua anggota polis macam itu kerana nila semangkuk, habis susu sebelanga....saya sangat geram dan sakit hati bila saya melihat video dan gambar-gambar di interntet menunjukkan seorang anggota polis trafik jatuh dari motosikal dan puak-puak bersih menyepak dan menendang anggota polis itu....soalan yang bermain difikiran saya,apakah salah dan dosa anggota polis trafik itu sehingga manusia DURJANA itu sanggup menendang dan menyepak beliau sehingga cedera parah.....???????apakah motiff anda???????kerajaan dan pihak polis janganlah gentar kerana rakyat akan berada di belakang pihak berkuasa jika kes ini di bawa ke mahkamah kerana keutamaan orang ramai lebih penting berbanding keutamaan seorang INDIVIDU........


Kepada semua anggota polis di luar sana, jangan lah anda semua takut dan berputus asa dalam menjalankan tugas untuk menjaga keamanan negara.....saya berasa sangat bangga dengan keberanian anda semua menjaga keamanan negara dan menjaga keamanan rakyat Malaysia....biar sejuta lontaran kata fitnah mereka semburkan kepada anda semua....biar sejuta kata maki hamun mereka lontarkan kepada anda...kerana anda semua berada di pihak yang benar iaitu menjalankan tugas untuk masyarakat dan negara....saya juga berbangga menjadi seorang anak anggot polis dan bangga menjadi adik kepada anggota polis.......

No comments:

Post a Comment